Jumaat, 18 Februari 2011

Pengenalan kepada Miemsuia Homes

SEKILAS PANDANG SEUTAS KATA

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

      Miemsuia Homes (Homestay Miemsuia) mula beroperasi mulai awal tahun 2010 yang lalu. Pengoperasian pertama pada ketika itu ialah di No 3 Lorong Balok Sejahtera 8, Taman Balok Sejahtera, Kuantan, Pahang. Homestay tersebut memakai nama Homestay Pantai Balok di dalam iklannya telah mendapat sambutan yang luar biasa. Ini disebabkan Homestay Pantai Balok terletak di Pusat Rekreasi Air Balok. Selain itu Taman Balok Sejahtera juga merupakan sebuah taman perumahan yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan dan Kawasan Perindustrian Gebeng serta Semambu.

     Setelah itu, Homestay Miemsuia telah membuka cawangan di Port Dickson di mana sebuah rumah teres setingkat di Lorong Anggerik 4 Taman PD Utama telah dipilih. Sambutan di PD juga terlalu luar biasa. Ini disebabkan PD memang terkenal dengan pantainya. Berkat sokongan anda semua, pihak pengurusan Homestay Miemsuia sentiasa cuba memberikan yang terbaik!!!

    Dengan pengalaman yang kami punyai, kini Homestay Miemsuia menawarkan penginapan alternatif kepada anda di Kuantan, Port Dickson & Melaka.

SENARAI HOMESTAY

 Berikut adalah senarai homestay kami untuk alternatif kepada anda. Selamat bercuti & menikmati keriangan bersama keluarga tercinta.
Kuantan:
1. Homestay Pantai Balok (RM160). Hubungi En Fairuz: 012-9010955.
2. Homestay Taman Mahkota Jaya (15mnt dr Gambang Waterpark)(RM160). Hubungi Tn Faizal-012-4623646/012-8722895
3. Homestay Gambang Waterpark (RM200). Hubungi En Haikal: 019-9822279.

Port Dickson:
1. Homestay Taman PD Utama (3 buah) (RM160). Hubungi En Aziz: 012-3323146.
2. Homestay Taman Politeknik PD (RM160). Hubungi En Halim: 013-9973937.
3. Homestay Taman Intan Perdana (RM160). Hubungi En Halim: 013-9973937.
4. Homestay Taman Dato Abd Samad (Banglo) (RM300). Hubungi En Johari: 019-9559463.
5. Homestay Taman PD D'Village (Banglo) (RM300). Hubungi En Aziz: 012-3323146.

Melaka:
1. Homestay Taman Seri Gamelan, Pengkalan Balak. (RM160). Hubungi En Amri: 019-6126420.

SIJIL SSM:
14/4/11 (Khamis): Alhamdulillah!! Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi rezeki kepada semua hambaNya. Di bawah adalah sijil perniagaan kami untuk tatapan anda..

Jumaat, 28 Januari 2011

Homestay Taman Gamelan, Melaka

Untuk tempahan homestay ini sila hubungi
En Amri: 019-6126420









Spesifikasi:
1. Rumah teres setingkat 3 bilik 2 bilik air.
2. Alamat di Jalan Sg 13, Tmn Gamilan, Melaka.
3. Katil queen di bilik pertama & kedua serta katil single di bilik ke 3.
4. Berdekatan dengan KUIM, ALAM, Medan Ikan Bakar, Pantai Pengkalan Balak.
5. Sewaan: RM160 semalaman.
6. Alamat: 1584, Jalan Sg 13, Taman Gamelan, Kuala Sg Baru, 78300 Melaka.
7. Untuk tempahan sila hubungi: En Amri: 019-6126420

Sabtu, 22 Januari 2011

Homestay Taman Politeknik, Port Dickson

Untuk tempahan homestay ini sila hubungi
En Halim: 013-9973937



Spesifikasi:
1. Ruang Tamu: Sofa, tv.
2. Bilik utama (aircond) dan kedua: katil queen, blk ketiga: katil single.
3. Dapur: Meja makan 4 kerusi, dapur, peti air.
4. Bilik air 2 buah.
5. Sewa: RM160 sehari.
6. Untuk tempahan hubungi: En Halim: 013-9973937.
7. Alamat: No 1063, Jln Politeknik 19, Jln Pantai Batu 9, Taman Politeknik, 71050 Port Dickson.

Info Tentang Homestay

  Homestay ini adalah sebuah rumah teres setingkat di Taman Politeknik, Port Dickson. Ia mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Semua bilik dilengkapi dengan katil. Bilik utama pula mempunyai air cond untuk menambah keselesaan kepada para pelanggan.

Hari Konvokesyen

   Politeknik Port Dickson adalah sebuah pusat pengajian yang terletak bersebelahan Taman Politeknik. Politeknik ini akan mengadakan majlis konvokesyen mulai 7hb Mac sehingga 11hb Mac 2011. Sehubungan dengan itu, bermacam-macam program dirancang termasuklah gerai jualan dan lain-lain yang pastinya menggamit ramai pengunjung. Pelajar-pelajar yang masih menuntut dan terlibat dengan persatuan pastinya mengambil kesempatan untuk cuba berniaga. Setidak-tidaknya secara kecil-kecilan seperti menjual minuman, makanan, keropok, goreng pisang dan lain-lain lagi.

   Bagi pelajar yang akan menerima sijil tanda berjaya menamatkan pengajian di pusat ini pastinya amat gembira. Mereka pastinya ingin berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta. Bagi mereka yang berasal dari luar Negeri Sembilan akan mencari penginapan alternatif selain hotel-hotel besar.

  Homestay Taman Politeknik ini terletak bersebelahan dengan Politeknik sahaja. Bahkan pelanggan kami boleh berjalan kaki sahaja untuk mengelakkan masalah tempat letak kereta semasa majlis konvo. Homestay ini hanya 100meter daripada pagar Politeknik PD!!! So, jangan lepaskan peluang.....sama ada anda ingin membawa keluarga atau anda ingin berniaga semasa majlis konvokesyen!!

Bye, jumpa lagi...

Homestay Tmn PD Utama, Port Dickson

Untuk menempah homestay ini sila hubungi
En Aziz: 012-3323146


Kami mempunyai 3 buah homestay di Taman PD Utama iaitu:

    1) Homestay 2725 Lorong Anggerik 4, Taman PD Utama.

    2) Homestay 2734 Lorong Anggerik 5, Taman PD Utama.

    3) Homestay Lorong Mawar, Taman PD Utama.

Gambar Homestay di 2725, Lorong Anggerik 4, Taman PD Utama







Spesifikasi:

1. Ruang tamu: sofa, tv+astro njoi.
2. Ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik utama: katil queen+aircond, bilik kedua: double deckers dan bilik ketiga: katil single.
3. Ruang makan: meja makan 6 kerusi.
4. Dapur: dapur gas, peti air, rice cooker, peralatan memasak.
5. Sewa: RM160 sehari.
6. Untuk tempahan sila hubungi: En Aziz: 012-3323146.
7. Alamat: 2725, Lorong Anggerik 4, Taman PD Utama, 71050 Port Dickson.

Homestay ini terletak di sebelah kanan trafik light di antara Hotel Mayangsari dan Hotel Corus Paradise. Kami mempunyai 3 buah homestay di taman ini.

Gambar Homestay di 2734, Lorong Anggerik 5, Taman PD Utama




Spesifikasi:
1. Ruang tamu: sofa, tv+astro njoi.
2. Ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik utama dan kedua: katil queen dan bilik ketiga: katil double decker.
3. Ruang makan: meja makan 4 kerusi.
4. Dapur: dapur gas, rice cooker, peralatan memasak, mesin basuh.
5. Sewa: RM160 sehari.
6. Untuk tempahan sila hubungi: En Aziz: 012-3323146.
7. Alamat: 2734, Lorong Anggerik 5, Taman PD Utama, 71050 Port Dickson.

Homestay ini terletak di sebelah kanan trafik light di antara Hotel Mayangsari dan Hotel Corus Paradise.

Tempat-tempat menarik sekitar homestay:

Kepada sesiapa yang tidak mempunyai rancangan tertentu bila ke Port Dickson, kami ingin berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di Port Dickson dengan anda. Di bawah adalah di antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh anda apabila bercuti di sini.

1. Muzium Tentera Darat.
2. PUSASDA iaitu singkatan kepada Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Anda berkesempatan untuk menyaksikan perbarisan tamat latihan Perajurit Muda jika kena dengan tarikhnya.
3. Pasar Malam Batu 4. Ia diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad di batu 4 PD. Tarikannya sangat kuat sehingga ada pengunjung yang datang dari Nilai, Bangi dan KL semata-mata untuk ke Pasar Malam ini.
4. Pantai Saujana. Ia juga di Batu 4, berhampiran dengan Petronas.
5. Gerai jualan sepanjang tahun. Gerai yang menjual pelbagai barangan yang berwarna-warni.



PERTUNJUKAN TATU ATM
8/12/2011: Assalamualaikum & selamat kembali bercuti!! Tentu masing-masing sibuk merancang untuk jalan-jalan sepanjang cuti sekolah ini... Yang berada di Pantai Timur merancang ke Pantai Barat, yang di Utara pula merancang ke selatan. Maklumlah, masing-masing mengambil peluang cuti sekolah ini untuk mengisi waktu bersama anak-anak.

      Untuk pengetahuan anda, satu pertunjukan tatu ATM akan dilangsungkan pada 16@17hb Dis 2011 bertempat di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson. Pertunjukan oleh kumpulan bermotor ATM ini adalah satu daya tarikan untuk semua orang. Sekiranya anda belum pernah menyaksikan pertunjukan ini, maka inilah peluangnya anda menyaksikan sendiri di hadapan mata kepala. Buat tatapan anda, di bawah ini dimuat naikkan beberapa keping pertunjukan tatu...



Begitulah serba sedikit berkenaan pertunjukan tatu yang anda berkesempatan menontonnya apabila anda datang ke P.Dickson. Jarak homestay kami HANYALAH  5 minit dari PUSASDA, tempat tatu ATM itu diadakan..... Oleh itu, jangan lepas peluang untuk menempah homestay kami!!


Perkembangan Terbaru!!


Alhamdulillah,

Syukur pada Allah SWT kerana memberi kelapangan & rezekiNya. Kini Homestay Pantai Balok telah mempunyai cawangan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia termasuk sebuah rumah teres setingkat di Taman PD Utama yang berhampiran dengan Hotel Corus Paradise & Mayang Sari, kira-kira 700m sahaja dari pantai. Selain itu kami juga mempunyai 2 buah rumah di Taman Politeknik. So, bagi sesiapa yang mempunyai anak atau saudara mara yang belajar di Politeknik Port Dickson jangan lepas peluang untuk menalipon kami untuk membuat TEMPAHAN!!

Bagi mereka yang berkeluarga besar, kami menawarkan sebuah bungalow di Taman Dato dengan 4 bilik 3 bilik air. Selesa untuk 4 buah keluarga, ruang parking boleh memuatkan 4 buah kereta.

Nanti cerita lagi...bye.

Kami boleh dihubungi dengan no lama 013-9277414 atau no ini-014-8222696.

Selasa, 8 Jun 2010

CUTI PERSEKOLAHAN

Alhamdulillah....dapat lagi kita bertemu untuk perkongsian cerita seterusnya. Saya berada di kampung sekarang kerana masih bercuti. Beginilah kebiasaannya bagi rakyat Malaysia apabila tiba musim cuti persekolahan.

Bagi mereka yang tidak balik ke kampung halaman, sudah tentu mereka mempunyai perancangan tersendiri. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada mereka yang memilih Homestay Pantai Balok sebagai destinasi percutian!!!! Kami berusaha menepati impian anda dengan menyediakan penginapan alternatif untuk anda.

Kepada adik-adik...... kami nasihatkan agar membawa buku ke mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti!! Buku jangan dilupa. Lebih-lebih lagi kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun 2010 nie....

SEMOGA GEMBIRA SENTIASA!

Jumaat, 28 Mei 2010

BAUCER DISKAUN UNTUK CUSTOMERS

Kami menghargai sokongan anda terhadap populariti Homestay Pantai Balok!! Bagi menunjukkan tanda penghargaan kami kepada anda, kami berhasrat untuk memberi diskaun apabila anda mengunjungi homestay kami buat kali kedua.

BAGAIMANA??
Kami akan memberi DISKAUN RM5 setiap malam anda menetap di homestay kami apabila anda menunjukkan BAUCER DISKAUN!!!

CARA MENDAPATKAN BAUCER DISKAUN.
Baucer diskaun akan dihantar kepada anda melalui pos apabila kami menerima nama dan alamat anda dalam sistem kami!!! (Nama & alamat yang anda tulis semasa check in tempoh hari)

FIKIRKAN
Dengan kunjungan pertama anda dahulu, anda akan menjimatkan RM5 setiap malam apabila berada di Homestay Pantai Balok buat kali kedua. Kami sedang melakukan penghantaran pos untuk menjimatkan RM5 semalam anda!!! Berapa hari anda fikir untuk menginap di homestay kami darabkan dengan RM5, itulah kadar penjimatan anda.